Liga Super Malaysia Berita

Hanya menang 2 kali, Perak lepaskan Lim Teong Kim

Perak membuat keputusan untuk melepaskan Lim Teong Kim susulan prestasi hambar pasukannya musim ini.

Keputusan itu menyaksikan jurulatih berusia 59 tahun itu menjadi jurulatih ketiga yang dipecat musim ini selepas Choi Moon-sik oleh Kelantan dan Thomas Trucha oleh Kelantan United.

“Datuk Lim Teong Kim tidak lagi bersama pasukan Liga Super berkuat kuasa serta-merta,” kata Perak dalam kenyataan rasmi.

“Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara untuk masa terdekat.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lim di atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik untuk karier beliau pada masa hadapan.”

Pemecatan itu kemungkinan didorong dengan rekod Lim yang hanya mencatatkan 2 kemenangan, 3 seri dan 7 kekalahan.

Rekod itu menyaksikan Perak hanya mengutip 9 mata daripada 12 perlawanan.