Malaysia Berita

Hamidin: Saya tak lari, saya akan jawab

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin akan menjawab segala kritikan yang dilemparkan kepada dirinya dan badan bolasepak negara yang diterajuinya pada Jumaat ini.

Ini setelah kepimpinannya dikecam selepas prestasi hambar pasukan negara dalam Piala AFF Suzuki 2020, Disember lalu sehingga Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih.

FAM tampil mengakui bertanggungjawab terhadap kegagalan tersebut, namun sehingga hari ini, tiada seorang pun dalam barisan kepimpinan tertinggi FAM yang meletakkan jawatan.

“Saya tak nak jawab hari ini, saya akan jawab pada Jumaat,” kata Hamidin.

“Saya tak larikan diri, saya ada urusan keluarga di luar dan semalam baru potong gelang kuarantin.

“Saya bersedia untuk menjawab pada Jumaat, namun hari ini tolong lah fokus kepada majlis pecah tanah.”

FAM dijangka mengadakan sidang media Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025 pada Jumaat ini.