Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Analisis: VAR bantu Australia ragut 1 mata daripada Denmark

Aksi Kumpulan C hari ini dimulakan dengan pertembungan di antara Denmark dan Australia. Bertempat di Samara Arena dan diadili oleh Mateu Antonio dari Sepanyol.

Denmark yang menang pada aksi lalu menjaringkan gol seawal minit ke-7 menerusi pemain sensasi mereka, Christian Eriksen. Gol tersebut merupakan gol pertama beliau untuk kempen Piala Dunia 2018. Namun Australia dihadiahkan sepakan penalti, setelah VAR menunjukkan bola terkena tangan Y. Poulsen.

Mile Jedinak tenang menyempurnakan penalti tersebut untuk memberikan gol penyamaan untuk Australia. Babak kedua bersambung dengan tiada sebarang tambahan gol dijaringkan. Skor 1-1 kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Berikut adalah beberapa pemerhatian kami sepanjang perlawanan: