Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Kejutan untuk Perancis? Kenali skuad Piala Dunia 2018 Peru

Malam ini skuad kendalian Didier Deschamps akan menghadapi wakil Amerika Selatan, Peru. Dengan jolokan La Blanquirroja, siapa sangka negara ini menduduki tangga ke-11 ranking dunia?

Namun begitu, aksi pembukaan Piala Dunia mereka agak mengecewakan mereka apabila tewas tipis 0-1 kepada Denmark menerusi jaringan Yussuf Poulsen pada minit ke-59. Bertambah malang buat Peru, Christian Cueva gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan jaringan awal.

Sudah pasti mereka ingin menebus kekecewaan aksi pembukaan lalu dengan merekodkan sekurang-kurangnya seri ke atas skuad Les Bleus pada malam ini seterusnya membuka peluang untuk mereka mara ke saingan kalah mati. Walaupun Perancis dicanang sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia kali ini, mereka tetap perlu berhati-hati apabila beraksi menentang anak buah Ricardo Gareca nanti.

Berdasarkan kajian kami, rata-rata pemain skuad kebangsaan Peru bermain di sekitar benua Amerika Selatan. Antaranya kelab-kelab yang berpengkalan di Mexico dan Brazil. Terdapat juga beberapa pemain yang pernah atau sedang bermain bersama kelab sekitar Eropah.

Bagaimana pula pendapat anda berkenaan negara di tangga ke-11 ranking dunia ini? Mampukah mereka mengejutkan Perancis yang dibarisi pemain handalan eropah dan dunia? Kongsikan ramalan jaringan gol anda dalam ruangan komen.

Disini kami bawakan kepada anda profil pemain skuad kebangsaan Peru:

Pedro Gallese

Nombor Jersi: 1

Posisi: Penjaga Gol

Nama Penuh: Pedro David Gallese Quiroz

Umur: 28 Tahun

Tarikh Lahir: 23 Febuari 1990

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Tiburones Rojos de Veracruz (Liga MX Clausura - Mexico)

Alberto Rodriguez

Nombor Jersi: 2

Posisi: Pertahanan

Nama Penuh: Alberto Junior Rodriguez Valdelomar

Umur: 34 Tahun

Tarikh Lahir: 31 Mac 1984

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Junior FC (Liga Aguila I - Colombia)

Miguel Trauco

Nombor Jersi: 6

Posisi: Pertahanan

Nama Penuh: Miguel Angel Trauco Saavedra

Umur: 25 Tahun

Tarikh Lahir: 3 Julai 1992

Tempat Lahir: Tarapoto, Peru

Kelab: Clube de Regatas do Flamengo (Serie A - Brazil)

Christian Ramos

Nombor Jersi: 15

Posisi: Pertahanan

Nama Penuh: Christian Guillermo Ramos Garagay

Umur: 29 Tahun

Tarikh Lahir: 4 November 1988

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Tiburones Rojos de Veracruz (Liga MX Clausura - Mexico)

Luis Advincula

Nombor Jersi: 17

Posisi: Pertahanan

Nama Penuh: Luis Jan Piers Advincula Castrillon

Umur: 28 Tahun

Tarikh Lahir: 2 Mac 1990

Tempat Lahir: Chincha, Peru

Kelab: Lobos BUAP (dipinjamkan oleh Tigres UANL - Liga MX Clausura)

Christian Cueva

Nombor Jersi: 8

Posisi: Pemain Tengah

Nama Penuh: Christian Alberto Cueva Bravo

Umur: 26 Tahun

Tarikh Lahir: 23 November 1991

Tempat Lahir: Trujillo, Peru

Kelab: Sao Paulo (Serie A - Brazil)

Renato Tapia

Nombor Jersi: 13

Posisi: Pemain Tengah

Nama Penuh: Renato Fabrizio Tapia Cortijo

Umur: 22 Tahun

Tarikh Lahir: 28 Julai 1995

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Feyenoord Rotterdam (Eredivisie - Belanda)

Andre Carrillo

Nombor Jersi: 18

Posisi: Penyerang / Pemain Sayap

Nama Penuh: Andre Martin Carrillo Diaz

Umur: 27 Tahun

Tarikh Lahir: 14 Jun 1991

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Watford FC (dipinjamkan oleh SL Benfica - Primeira Liga - Portugal)

Yoshimar Yotun

Nombor Jersi: 19

Posisi: Pemain Tengah

Nama Penuh: Victor Yoshimar Yotun Flores

Umur: 28 Tahun

Tarikh Lahir: 7 April 1990

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Orlando City (Major League Soccer - Amerika Syarikat)

Edison Flores

Nombor Jersi: 20

Posisi: Pemain Sayap

Nama Penuh: Edison Flores Peralta

Umur: 24 Tahun

Tarikh Lahir: 14 May 1994

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Aalborg BK (Alka Superligaen - Denmark)

Jefferson Farfan

Nombor Jersi: 10

Posisi: Penyerang / Pemain Sayap

Nama Penuh: Jefferson Agustin Farfan Guadalupe

Umur: 33 Tahun

Tarikh Lahir: 26 Oktober 1984

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Lokomotiv Moscow (Premier Liga - Rusia)

Paolo Guerrero

Nombor Jersi: 9

Posisi: Penyerang

Nama Penuh: Jose Paolo Guerrero Gonzales

Umur: 34 Tahun

Tarikh Lahir: 1 Januari 1984

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Clube de Regatas do Flamengo (Serie A - Brazil)

Raul Ruidiaz

Nombor Jersi: 11

Posisi: Penyerang

Nama Penuh: Raul Mario Ruidiaz Misitich

Umur: 27 Tahun

Tarikh Lahir: 25 Julai 1990

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Monarcas Morelia (Liga MX Clausura - Mexico)

Pedro Aquino

Nombor Jersi: 23

Posisi: Pemain Tengah

Nama Penuh: Pedro Jesus Aquino Sanchez

Umur: 23 Tahun

Tarikh Lahir: 13 April 1995

Tempat Lahir: Lima, Peru

Kelab: Lobos BUAP (dipinjamkan oleh CF Monterrey - Liga MX Clausura)