Kolum

Pertukaran pemain paling buruk di Liga Perdana Inggeris

Pertukaran pemain di antara Alexis Sanchez dan Henrikh Mkhitaryan pada Januari 2018 boleh dilaporkan sebagai pertukaran pemain paling buruk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang melibatkan pasukan Arsenal dan Manchester United.

Alexis Sanchez hadir dengan mempamerkan bakatnya bermain piano pada permulaan karier di Old Trafford gagal mempamerkan bakatnya bermain bola apabila hanya menjaringkan lima gol dalam 45 penampilan buat United.

Pemain kelahiran Chile pernah menjadi antara bintang terbaik Liga Perdana ketika beliau beraksi bersama Arsenal kini telah dipinjamkan ke Inter Milan.

Tambahan daripada itu, Mkhitaryan yang terlibat dalam perjanjian pertukaran tersebut juga telah dipinjam keluar ke Serie A.

Pemain berusia 30 tahun tersebut telah menunjukkan aksi yang baik ketika masih berada di bawah kepimpinan Arsene Wenger tetapi tidak lama selepas hilang dari kesebelasan utama Arsenal dengan hanya sembilan jaringan dalam 59 penampilan untuk Gunners.

Seperti Sanchez, Mkhitaryan juga sedang berusaha untuk mengembalikan persembahan beliau di Itali setelah bersetuju dengan langkah pinjaman sepanjang musim ke AS Roma.

Sanchez menyertai bekas rakan sepasukannya, Romelu Lukaku manakala Matteo Darmian, satu lagi pemain yang sering diketepikan di United turut kembali ke Itali.