Luar Negara Berita

Laungan ‘se queda’ sambut Neymar selepas pemain itu pilih untuk kekal

Bilik persalinan Paris Saint-Germain telah menyambut dengan gembira apabila Neymar memilih untuk kekal bersama PSG dengan menyatakan ‘se queda’ yang diterjemahkan kepada ‘dia kekal’ – kepadanya.

Perkataan yang berasal dari bahasa Sepanyol itu diambil daripada Instagram, Gerard Pique selepas pertahanan itu menggunakan ayat yang sama ketika Neymar berpindah ke PSG pada Julai 2017.

Neymar telah dikaitkan dengan Barcelona beberapa bulan lalu tetapi kelab Catalan itu gagal untuk membida seperti mana yang dipersetujui oleh PSG.

Dan apabila bintang kelahiran Brazil tersebut mengesahkan bahawa beliau akan kekal di Paris, rakan sepasukannya menyambut berita itu dengan ‘se queda’, lapor RMC Sport.