Liga Super Malaysia

Rasmi: Malaysia Memintas Hong Kong Di Kedudukan 6 AFC MA Ranking

Kemaskini FIFA Ranking Jun 2017

Dalam kemaskini terbaru FIFA ranking semalam, Malaysia telah melonjak 3 anak tangga kepada kedudukan 155 berbanding 158 pada bulan lalu dengan pungutan sebanyak 148 mata.

Hong Kong pula berada di kedudukan 148 dunia dengan 179 mata.

Pendahulu bagi benua Asia adalah Iran yang berada dikedudukan 28 dunia dengan pungutan 829 mata. Manakala bagi Asia Tenggara pula Filipina masih kekal mendahului negara-negara lain dengan pungutan 251 mata di kedudukan 126 dunia.

 

Kutipan Mata AFC MA Ranking

Paling menarik perhatian terutama penyokong bola sepak di Malaysia adalah mengenai kedudukan AFC MA Ranking 2017.

Selepas Johor Darul Ta’zim gagal layak ke peringkat akhir Zonal ASEAN AFC Cup 2017, kutipan mata untuk pertandingan kelab peringkat Asia 2017 sudah pun tamat.
Felda United juga telah memberikan sumbangan dalam perringkat ini, telah pun terkeluar dari saingan pada peringkat kumpulan.

Jumlah mata AFC MA Ranking yang terkumpul untuk tahun 2017 adalah sebanyak 4.395 mata.

Jika diperhatikan ‘trend’ kutipan mata AFC MA Ranking Malaysia dalam 3 tahun terakhir ini, mencatatkan penurun setiap tahun sejak 2015.

Pada 2015, ketika Johor Darul Ta’zim menjadi juara AFC Cup, Malaysia memperolehi 9.500 mata, angka yang paling tinggi sepanjang penyertaan pasukan-pasukan Malaysia dalam kejohanan AFC.

Musim lalu, 2016, Malaysia hanya memperolehi 7.167 mata sahaja dan 2017 pula sebanyak 4.395 mata.

 

Adakah Malaysia Sudah Memintas Hong Kong?

Ya! Sudah.

Dalam kedudukan semasa, Malaysia telah berjaya memintas Hong Kong untuk berada dikedudukan ke 6 AFC MA Ranking Asia Timur.

Perbezaan semasa adalah 1.049 mata, dan jika Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan ini sehingga ranking November 2017 diumumkan, 1 slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 dan 2020 akan diberikan kepada Malaysia.

Selain itu juga 1 lagi slot untuk kelayakan play-off R2 AFC Champions League juga akan diberikan kepada Malaysia.

 

Mampukah Pasukan Lain memotong Malaysia?

Perebutan untuk berada dikedudukan ke 6 AFC MA Ranking ini hanya melibatkan 3 pasukan buat masa sekarang – Hong Kong, Malaysia dan Vietnam.

Dengan wakil kelab dari ketiga-tiga buah negara dalam pertandingan Asian Club Championship (ACC) 2017 sudah pun terkeluar dari saingan, mata pungutan untuk kelab tidak akan ada pertambahan lagi.

Mata ini akan berubah mengikut ratio berdasarkan pungutan mata kelab-kelab dari UAE. Ini adalah kerana UAE berada dikedudukan #1 dalam pungutan AFC MA Ranking. 90% mata akan dikira dari bahagian ini.

Baki 10% lagi akan diambil dari pungutan mata FIFA berdasarkan ratio dengan pasukan Iran. Impak dari bahagian ini adalah minima dan tidak akan menjejaskan kedudukan.

Tetapi adalah lebih baik jika pasukan kebangsaan dapat menewaskan Hong Kong untuk menjarakkan lagi mata AFC MA Ranking untuk memastikan slot AFC Champions League 2019 dan 2020 menjadi milik Malaysia.