Liga Super Malaysia Berita

Pahang tak mengalah

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang tidak mahu mengalah biarpun Johor Darul Ta’zim sudah jauh meninggalkan Tok Gajah dalam pemburuan trofi Liga Super musim ini.

“Bola sepak adalah sukan yang selalu menghasilkan keputusan yang kita tidak sangka… saya tidak nampak peluang kita untuk mengatasi JDT sudah tertutup, musim belum berakhir lagi dan fokus utama kita adalah untuk menang,” kata Suffian.

“Jadi, kalau kita nak menang, kena ubah mentaliti semua pemain terlebih dahulu kerana kalau kita tidak bersikap atau berfikiran positif, susahlah nak jadi juara.

“Sebab itu, saya selalu ingatkan mereka (pemain) supaya kekal fokus dengan sasaran ditetapkan pasukan sejak awal musim Liga Super dan berusaha untuk kembali mendapat rentak terbaik.” katanya