Berita

Reaksi Balas Velizar Popov Mengenai Pemotongan 6 Mata Pasukan Kelantan

Bekas ketua jurulatih Kelantan musim lalu, Velizar Popov, yang masih berjuang mendapatkan hutang gajinya dari KAFA, telah memberikan reaksi sejurus FMLLP mengumumkan pemotongan 6 mata kepada Kelantan.

Menurut kenyataan beliau melalui laman sosial twitter, beliau tidak bersetuju dengan keputusan pemotongan mata ini kerana ia melibatkan seluruh pihak termasuk penyokong. Popov menyatakan, pemain-pemain yang berjuang diatas padang dan penyokong Kelantan yang memberikan sokongan tidak berhak menerima hukuman ini. Hanya KAFA perlu dihukum atas kelalaian yang telah dilakukan.

Tambah beliau lagi, pemain adalah hero pasukan serta mereka sudah cukup terseksa dengan KAFA dan mereka tidak layak untuk menerima apa apa seksaan lagi. Bagi penyokong pula, Popov memberitahu, mereka tidak patut ‘membayar’ harga yang berpunca dari kelemahan pengurusan KAFA.

“Kita juga sudah sedia maklum bahawa KAFA tidak ambil pusing mengenai pemain, jurulatih dan penyokong, dan sekarang mereka tidak mahu membayar hutang kami, pemain dan penyokong yang menerima azabnya.

Dan Popov menegaskan sekali lagi beliau tidak ‘gembira’ dengan keputusan ini kerana telah melibatkan pemain dan penyokong dan tidak bersalah. bagi beliau, hanya KAFA wajib dihukum dengan sekatan perpindahan pemain ( mungkin!)

Dari reaksi balas yang diberikan oleh Velizar Popov, jelas dapat dilihat betapa beliau masih mempunyai hati bersama pasukan Kelantan, tetapi akibat pengurusan KAFA yang lemah dan tiada daya saing, sekarang semua pihak telah menerima akibat yang sama walaupun sebahagian besar dari mereka tidak berhak untuk merasakan impak pemotongan 6 mata.

Photo kredit: FourFourTwo