Malaysia

Pertarungan 4 Penjuru : Siapa Yang Paling Layak Terajui FAM?

fam

Topik ini adalah antara topik yang hangat dibincangkan pada hari ini dan sentiasa terpampang di muka belakang akhbar
. 4 calon utama telah disenarai pendek. Mereka ialah :

  1. Tan Sri Annuar Musa, Peneraju Utama Konsortium Penaja KAFA
  2. Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemilik Johor DT FC
  3. Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Menteri Belia & Sukan
  4. Tan Sri Aseh Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Integrasi FAM

Persoalannya, siapa yang benar-benar layak?

Secara amnya, artikel ini akan memperlihatkan anda siapa calon terbaik daripada sudut pandang tertentu. Sudut pandang tersebut antaranya :

1)Dari Segi Pencapaian

Tunku Ismail dan Tan Sri Annuar Musa adalah calon terbaik sebagai Presiden FAM jika dilihat daripada sudut pandang ini. Mengapa? Biar saya jelaskan!

Sebagai ‘penyelamat’ KAFA, Tan Sri Annuar Musa sangat berjasa kepada bola sepak Kelantan. Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden KAFA berjaya membawa Kelantan memenangi ‘treble’ pada 2012 dan mengekalkan Piala FA di bumi Kelantan pada 2013. Memang suatu pencapaian yang memberangsangkan!

Tunku Ismail pula sangat terkenal sebagai ‘pemangkin revolusi Johor DT’ dengan berjaya menjadikan Johor DT kelab paling professional dan berjaya di Malaysia. Juara hatrik Liga Super (2014 – 2016), juara Piala FA (2016), juara Piala Sultan Ahmad Shah sebanyak 2 kali (2015 – 2016), juara Piala AFC (2016) dan gelaran ‘Invincibles’ dalam saingan Liga Super Malaysia 2016 merupakan kejayaan berjaya dikecapi Tunku Ismail sepanjang penglibatannya.

2) Dari Segi Publisiti/Politik

YB Khairy Jamaluddin, Tunku Ismail dan Tan Sri Annuar Musa adalah tiga pencabar utama jika dilihat daripada sudut pandang ini. Tidak perlu saya terangkan mengapa sebenarnya!

YB Khairy merupakan seorang menteri di Kementerian Belia dan Sukan dan seorang yang sangat aktif. Dengan penglibatannya dalam pasukan Perak Jenderata – MyTeam dan kerapkali campur tangan dengan urusan FAM-TMJ, YB Khairy semestinya meraih banyak publisiti dan publisiti itu dapat digantikan dengan undian ahli gabungan. Pilihan utama!

Tunku Ismail, seperti yang kita sedia maklum, seorang yang lancang berkata-kata dalam usaha mengubah landskap bola sepak negara. Tunku Ismail semestinya orang yang diletakkan sebagai pilihan utama oleh peminat tempatan selepas banyak teguran dan tindakan yang dia lakukan ke atas FAM.

Tan Sri Annuar Musa bukanlah sehebat dua calon lain tetapi publisiti yang dilakukannya boleh mnyebabkan dia menjadi Presiden FAM yang seterusnya. Hadir sebagai ‘penyelamat’ KAFA, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi berjaya menarik minat peminat tempatan untuk ‘melihat’ apa yang beliau ada dalam ‘pertunjukan’ kali ini

 

3) Dari Segi Pengaruh

YB Khairy, Tunku Ismail dan Tan Sri Aseh Che Mat adalah tiga calon yang mampu bersaing merebut ‘kerusi panas’ Presiden FAM dalam sudut pandang ini. Mengapa?

YB Khairy dan Tunku Ismail sememangnya nama besar dalam bola sepak Malaysia! Daripada kes ‘pendrive’ sehingga kini, nama mereka tidak lekang di bibir peminat bola sepak tempatan.

Situasi berbeza buat calon ketiga sudut pandang ini, Tan Sri Aseh Che Mat! Siapakah beliau? Bagi yang kurang mengenali beliau, beliau adalah bekas ketua keselamatan FIFA suatu masa dahulu. Dikenali dalam kalangan ahli gabungan, beliau seorang yang tegas dan bersifat neutral. Oleh itu, beliau mendapat kepercayaan orang di sekelilingnya!

JADI, SIAPAKAH YANG BENAR-BENAR LAYAK?

KUALA LUMPUR 22 APRIL 2016. Bekas Setiausaha AFC, Datuk Peter Velappan temu ramah khas untuk BH Sukan (revamp). NSTP/OSMAN ADNAN
KUALA LUMPUR 22 APRIL 2016. Bekas Setiausaha AFC, Datuk Peter Velappan temu ramah khas untuk BH Sukan (revamp). NSTP/OSMAN ADNAN

Setelah dikaji dengan teliti, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ adalah individu yang selayaknya menjadi Presiden FAM namun menurut Peter Velappan, 

“ Semua Calon Presiden FAM tidak layak! ” – Peter Velappan, Bekas Setiausaha AFC (1978 – 2007)

Hal ini demikian kerana beliau beranggapan Presiden FAM haruslah diberikan kepada rakyat biasa yang tiada kepentingan politik dan tidak bersangkut-paut dengan kerabat diraja. Pilihan penulis pula? Tiada!