[PREVIU] Pulau Pinang vs Perak : ‘Northern Derby’ Pertama 2017 (Bahagian 1)

16265587_586368211562517_9107276047285259522_n

Sebagai pasukan pilihan, Perak akan menghadapi tekanan untuk menang apabila bertandang ke Stadium Batu Kawan manakala Pulau Pinang pula berharap agar mereka akan memperoleh kemenangan pertama di gelanggang keramat baharu mereka selepas tewas mudah kepada Selangor, 2-0.

Previu kali ini akan menggariskan beberapa isu atau topik penting menjelang perlawanan ‘Northern Derby’ di Stadium Batu Kawan, Jumaat ini. Jadi, apa tunggu lagi? Mari kita selusuri previu perlawanan kali ini!

 

ASHLEY WESTWOOD vs KARL-HEINZ WEIGANG : SIAPA LEBIH ‘PAKAR’?

46360-gashokdzyq-1480335675

Karl-Heinz Weigang bukanlah satu nama baharu bagi bola sepak Malaysia malah dapat menggerunkan pihak lawannya. Menentang Pahang, ternyatalah bahawa kebijaksanaannya membaca kelemahan pasukan pada separuh masa pertama dapat mengubah corak permainan Perak pada separuh masa kedua.

Namun begitu, bekas graduan akademi Manchester United ini juga ada kelebihannya yang tersendiri! Dengan rekod kemenangan sebanyak 55.06% (Julai 2013 – 31 Mei 2016) dan 2 trofi Liga India, dia semestinya bukannya seorang yang masih ‘hingusan’. Cuma, Pulau Pinang masih belum sempat mengadaptasi corak permainan yang diterapkan olehnya.

Perlawanan ini yang bakal menentukan siapakah yang benar-benar hebat dan mampu mencipta kejayaan buat pasukan daripada Utara!

 

REKOD PERTEMUAN (HEAD-TO-HEAD) KEDUA-DUA PASUKAN & REKOD SEMASA MEREKA

Dalam tempoh 5 tahun, Perak hanya bertemu Pulau Pinang sebanyak 2 kali iaitu pada musim lepas. Perak mencatatkan satu kemenangan dan satu seri dalam 2 aksi itu.

Tidak banyak rekod yang boleh dijadikan rujukan atau informasi tentang kedua-dua pasukan selain daripada kekalahan Pulau Pinang di tangan Selangor dan Perak diikat oleh Pahang pada Sabtu lalu.

 

‘BACK-FOUR’ PULAU PINANG vs ‘ATTACKING FORCE’ PERAK : APA KISAHNYA?

Kurang menjadi. Itulah perkataan yang boleh menggambarkan prestasi semasa kedua-dua bahagian bagi kedua-dua pasukan ini. Apa kisah sebenarnya?

‘Back-four’ Pulau Pinang dikatakan kurang menjadi kerana benteng pertahanan pasukan itu yang diketuai Reinaldo Lobo telah melepaskan 2 gol dan kedua-duanya boleh dikatakan mudah. Dari sini, Ashley Westwood harus menyusun semula benteng pertahanannya agar tidak lagi melakukan kesilapan.

Bahagian serangan Perak pula dianggap kurang menjadi apabila seorang ‘poacher’ seperti Mirchev gagal untuk menerima bola yang bagus daripada tengah dan ketiadaan ‘linker’ sebagai pembantu ‘poacher’ sedikit menggusarkan walaupun Perak memiliki Faton Toski yang merupakan seorang ‘playmaker’.

SYED ADNEY : JANGAN TUMBANG DAHULU !

16113245_1745190925507038_7407387412882888503_o

Topik ini boleh dikatakan menarik untuk dibicarakan kerana sebagai seorang penjaga gol berpengalaman, dia boleh dianggap sebagai ‘penyelamat’ Pulau Pinang! Mengapa perspektif saya bertentangan?

Hal ini demikian kerana penjaga gol kelahiran Liverpool ini berjaya menyelamatkan hampir 75% percubaan yang dilakukan VAD (Veenod-Adam-Doe). 2 gol yang dilepaskannya? Saya boleh kata itu kesilapan barisan di hadapannya! Mengapa?

Pertama, barisan pertahanan Pulau Pinang gagal untuk menjejak pemain serangan Selangor kerana keliru dengan formasi asimetrik Selangor (Veenod bergerak ke hadapan, membentuk formasi 3-4-3). Selain itu, kegagalan bahagian tengah dan serangan untuk bertahan dan membantu barisan pertahanan.

Oleh itu, jelaslah bahawa Syed Adney tidak bersalah dalam hal ini dan tidak sewajarnya penyokong Pulau Pinang ‘menekan’ Syed Adney sedemikian rupa!

FATON TOSKI : ‘ADVANCED PLAYMAKER’ YANG TERLALU ‘DEEP’ 

C2IGePAUAAAfaBS

Faton Toski adalah seorang pemain yang mampu menyerang dengan baik di tengah dan boleh menjana serangan di hole area kerana dia seorang ‘advanced playmaker’ tetapi pada perlawanan Perak yang lalu, Toski nampaknya berada terlalu ke dalam dan banyak menghantar bola jauh ke hadapan.

Bukan mahu menidakkan kepakaran Karl-Heinz Weigang namun apabila seorang yang bermentaliti ‘ultra-ofensif’ berada jauh di dalam, permainannya akan menjadi serba kekurangan dan gagal untuk menunjukkan kebolehannya sebagai ‘advanced playmaker’.

Penyelesaiannya? Pada pandangan penulis, Perak haruslah menggunakan formasi dengan dua penyerang (Pinto sebagai ‘trequarista’) dan Toski sebagai pemain tengah serangan. Dengan cara ini, penulis dapat merasakan dia dapat bermain dengan lebih efektif!