Berita

2017 J League Asia Challenge In Thailand Satu Titik Permulaan

16143849_1310098335692292_5205322107441361587_oJ League secara rasminya telah mengadakan satu kejohanan bola sepak di Thailand – 2017 J League Asia Challenge In Thailand, dalam misi untuk memperkukuhkan lagi kerjasama diantara J League dan negara-negara di ASEAN khususnya.

Bagi edisi yang pertama ini, J League telah memilih Thailand sebagai penganjur bersama bagi meraikan sambutan 130 hubungan diplomatik yang telah terjalin diantara kedua-dua buah negara serta tahun tahun ke 6 ‘partnership’ diantara J League & Thai League.

4 buah pasukan mengesahkan penyertaan – 2 dari Jepun dan 2 dari Thailand.

  1. Yokohama F Marinos
  2. Kashima Antlers
  3. Suphanburi
  4. Bangkok United

Dalam perlawanan pertama yang berlangsung semalam, Suphanburi FC telah bertemu Kashima Antlers di Stadium Rajamangala dan keputusan berpihak kepada Kashima Antlers apabila menang 4-2 hasil jaringan dari Yuma Suzuki, Pedro Junior dan Leo Silva 2 gol.

16252099_1310447562324036_4230179921705627030_o

Dalam perlawanan kedua pula, bakal lawan JDT dalam pusingan kelayakan Play Off AFC Champions League minggu hadapan, Bangkok United dilaporkan juga tewas 2-3 kepada Yokohama F Marinos, terima kasih kepada Sumanya Purisay dan Teeratep Winothai. Gol Marinos pula dijaringkan oleh  Cayman Togashi, Kensei Nakashima and Teruhito Nakagawa

16195519_1449820021747712_6472005334297932126_n

Video Perlawanan Penuh Bangkok United vs Yokohama F Marinos

 

Apa Faedah Perlawanan Ini?

Terutama bagi Bangkok United, ia adalah sangat penting bagu mereka kerana Bangkok United dalam persiapan rapi untuk menghadapi cabaran JDT dalam pusingan kelayakan AFC Champions League 2017 31 Januari nanti.

Sekurang-kurangnya, Bangkok United mempunyai 2 perlawanan berkelas tinggi dalam rangka memantapkan persiapan pasukan. Dan berdasarkan keputusan 3-2 memihak kepada Marinos, namun kekuatan Bangkok United perlu diberi perhatian serius oleh JDT.

Menurut pegawai J League yang memaklumkan kepada kami, akan ada sekurang-kurangnya 2 lagi J League Asia Challenge pada 2018 dan 2019 mengikut kontrak sekarang dan akan diadakan dinegara-negara yang menjadi ‘ J League Partner Nations’ termasuklah Malaysia.