Liga Super Malaysia

[PREVIU] Pulau Pinang vs Perak : ‘Northern Derby’ Pertama 2017! (Bahagian 2)

PEMILIHAN PEMAIN KARL-HEINZ WEIGANG ‘MERISAUKAN’ PEMINAT?

Karl-Heinz-Weigang-WZFadhlan

Sebenarnya, ia tidak menjadi masalah buat peminat untuk melihat kesebelasan utama yang dipilih ketua jurulatih itu berbeza daripada apa yang mereka bayangkan. Namun, apabila ia melibatkan pemain yang dianggap berguna kepada pasukan, inilah yang berlaku! Apa ceritanya?

Kisahnya bermula apabila Karl-Heinz menggunakan khidmat Kenny Pallraj dan Nasir Basharuddin di bahagian tengah pertahanan dan Yashir Pinto di bahagian sayap kiri. Ditambah dengan prestasi buruk gandingan Kenny dan Nasir pada malam itu dan kegagalan Pinto untuk melancarkan serangan secara efisien, peminat mula menyoal tentang ketiadaan nama seperti Nazrin, Hafiz Kamal, Jasazrin dan Ahmad Khairil Anuar (Beto) dalam senarai 18 pemain.

Apakah yang terjadi sebenarnya? Penulis beranggapan bahawa Karl-Heinz Weigang menggunakan khidmat Kenny dan Nasir adalah sesuatu yang agak relevan kerana mereka berdua adalah ‘destroyer’! Mereka harus membantu Faton Toski yang menjadi ‘playmaker’ dalam melakukan ‘dirty work’. Tetapi, percaturan Weigang tidak berhasil dalam mewujudkan keseimbangan dalam permainan.

Pinto pula? Penulis tidak pasti apa yang mahu dilakukan Karl-Heinz Weigang tetapi ternyata bahawa Pinto telahpun ‘off-position’! Hal ini demikian kerana Pinto ialah seorang penyerang yang berfungsi sebagai ‘trequarista’ dan tanpa Pinto di ‘attacking third’ sebagai ‘linker’, nampaknya Mirchev tak mampu untuk melakukan serangan yang efektif.

Solusinya? Shahrul Saad, Nazrin Nawi dan formasi 4-1-3-2 (4-2-4). Bagaimana? Shahrul Saad harus diletakkan berseorangan di bahagian pemain tengah pertahanan kerana dia seorang ‘deep-lying playmaker’ dan ‘complete defender’. Nazrin Nawi pula diletakkan di sayap kiri dan Pinto kembali sebagai ‘linker’ yang berada di belakang Mirchev.

ASHLEY WESTWOOD HARUS CEPAT ADAPTASIKAN CORAK PERMAINANNYA KE DALAM PASUKAN

ash-1480327782-800

Ashley Westwood kena cepat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pemain dalam keperluan taktikalnya dan membaiki segala kelemahan taktikalnya sebelum ini. Seperti yang dapat dilihat sebelum ini, Pulau Pinang gagal untuk mengekalkan ‘team shape’ dan corak taktikal yang diterapkannya.

Selain itu, pemain seperti Jafri Chew dan Faizat Ghazali patut diberikan peluang bermain kerana mereka memiliki kelebihan dari segi kelajuan dan intensiti dalam menyerang. Hal ini dapat dilihat melalui betapa kerapnya Jafri Chew dan Faizat melakukan percubaan ke arah gawang gol lawan.

Dengan sedikit perubahan yang Ashley Westwood dapat dikenalpasti, penulis yakin Pulau Pinang mampu menjadi pencabar buat pasukan pilihan musim ini!

PEMAIN TUMPUAN PERLAWANAN ‘NORTHERN DERBY’ BATU KAWAN

PULAU PINANG FA :

download

  • Faiz Subri  –  Mencipta nama sebagai penendang sepakan percuma terbaik di Malaysia ketika ini, Faiz memberi impak besar dalam memberikan suntikan motivasi dan dorongan secara psikologi. Walaupun tidaklah setajam penyerang berpengalaman di Malaysia, Faiz mampu untuk menjaringkan ‘screamer’ (sepakan dari jarak jauh) dengan efektif!
  • Rafiuddin Roddin  –  Seorang pemain berpengalaman yang mampu bermain di semua posisi dalam bahagian pertahanan dan tengah. Sangat dikenali ramai sebagai pemain yang mampu memimpin dengan baik di atas padang, Rafiuddin pastinya akan menjadi tumpuan untuk mengawal pergerakan pasukan.
  • Jafri Firdaus Chew  –  Penyerang muda ini tidaklah sepopular penyerang seangkatannya namun Jafri mampu untuk menyinar jika diberikan peluang bermain dengan kerap. Prospek masa depan Pulau Pinang FA!

PERAK FA :

61484626928_950x600

  • Thiago Junio De Aquino  –  Jika di Real Madrid, mereka ada Sergio Ramos & Ramos Time manakala di Perak, mereka ada Thiago Junio & tandukan penyelamatnya! Terkenal sebagai ‘penyelamat’ dan sangat agresif apabila bertahan, Pulau Pinang harus berhati-hati dengan ancamannya.
  • Vladislav Mirchev  –  Seorang ‘poacher’ yang pendek! Mampu menjaringkan gol apabila bola berada di hadapannya tetapi di udara? Maaf! Memerlukan Yashir Pinto sebagai penyerang kedua atau ‘linker’ untuk membantunya menyerang.
  • Shahrul Saad  –  Complete defender’ yang mempunyai kelebihan ‘laser passes’ untuk melancarkan serangan daripada bawah! Menentang Pahang walaupun sebentar (16 minit sahaja), dia menunjukkan kestabilan pasukan ketika bertahan dan menyerang.