Berita

SportsFix Bersama Celcom Axiata Siar Live Streaming 4 Liga Bola Sepak Asia

SportsFix, sebuah platform ‘Over-The-Top (OTT) sports live streaming’, secara rasmi melancarkan perkhidmatan mereka di Malaysia dengan kerjasama Celcom Axiata yanh juga merupakan sebuah peneraju telekomunikasi mudah alih terkemuka Malaysia.

Dimiliki oleh SF Media Holdings Sdn Bhd, sebuah subsidiari Total Sports Asia (TSA), peneraju konten sukan di Asia,  SportsFix adalah plaatform tunggal di ASEAN yang menyediakan perkhidmatan konten platform OTT secara live dan Video-On-Demand (VOD).

Dengan motto ‘Your Daily Dose of Sports‘, SportsFix akan menyiarkan konten sukan yang popular dari peringkat domestik, regional mahupun antarabangsa melalui platform yang disediakan dan mempunyai kerjasama rapat bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi dirantau ini untuk memastikan semua konten yang ada berjaya disampaikan secara terus kepada jutaan pengguna peranti mudah alih.

“Anytime, anywhere, now everyone can watch their favourite sports.”

4 Liga Bola Sepak Asia Disiarkan Secara LIVE STREAMING!

Ketika SportsFix dilancarkan baru-baru ini, mereka telah mempunyai 4 liga bola sepak Asia yang disiarkan secara langsung.

4 liga tersebut adalah Liga 1 Indonesia, Chinese Super League (CSL), Toyota Thai League 1, dan K League Classic. Semua perlawanan liga-liga ini boleh ditonton secara ‘live streaming’ menggunakan akses web SportsFix.tv .

Selain itu juga, SportsFix membawakan secara langsung ‘Philippines Basketball League’, ‘Bangladesh Cricket’ dan MMA League.

Menurut kemaskini terbaru, SportsFix juga akan menyiarkan perlawanan pra-musim termasuk dari Premier League, Bundesliga, Serie A dan La Liga.

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini melalui Celcom, bersempena dengan pelancaran produk terbaru mereka iaitu “Asia Pass” yang menawarkan kombinasi minit IDD, internet kelajuan tinggi serta masa berbual domestik. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari https://www.xpax.com.my/asiapass/ dengan segera.