Luar Negara

Jika Neymar tinggalkan Barcelona, siapakah calon yang layak ditukar ganti ?

Barcelona kini dikabarkan bakal kehilangan Neymar selepas berita pemain itu dikaitkan perpindahan ke Paris Saint German (PSG) semakin panas. PSG sedia menawarkan 222 juta Euro bagi mendapatkan pemain ini.

Pemain berdarah Brasil ini, merupakan aset penting serangan trio bercelona bersama Lionel Messi dan Luis Suarez. Neymar di bawa dari Santos dengan wang perpindahan sebanyak 88,2 juta Euro pada 2013.

Jika benar perpindahan Neymar ini bakal menjadi realiti, Barcelona bakal mengalami kehilangan besar di bahagian serangan pasukan. Jadi Barcelona perlu mencari penganti tempatnya.

Berikut ialah 3 pemain yang layak mengantikan tempat Neymar di Barcelona.

1. Antoine Griezmann

Griezmann pilihan paling tepat Barcelona untuk mengambil alih tugas Neymar di Champ Nou. Mempunyai pengalaman bermain di Sepanyol, pemain ini telah berjaya mencetak 26 gol membantu Atletico Madrid bagi musim 2016-2017. Keinginan Barcelona terbatas, selepas Griezmann memaklumkan tidak akan meninggalkan kelab dari Madrid itu. Anggaran harga perpindahan pemain dari Perancis ini sebesar 100 juta Euro.

2. Philippe Coutinho

Sahabat baik Neymar ini juga menjadi pilihan terbaik Barcelona kerana pemain ini mampu bermain diposisi yang berbeza. Untuk mendapatkan Coutinho, Barcelona perlu membayar sebanyak hampir 111 juta euro. Namun, tugas Barcelona agak sukar kerana mereka terlebih dahulu perlu menyakinkan Jurgen Klopp untuk melepakan pemain penting The Reds ini ke Sepanyol.

3. Paolo Dybala

Heboh daripada media Sepanyol menyatakan bahawa Lionel Messi meminta pengurus Barcelona membawa Dybala ke Sepanyol. Messi dan Dybala pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Argentina, ini membuatkan hubungan mereka lebih akrab. Keserasian beraksi bersama Messi membuatkan pemain ini sesuai mengambil alih tugas Neymar. Namun, bukan mudah bagi Juventus untuk melepaskan pemain berusia 24 tahun ini. Dyabala merupakan senjata utama bahagian serangan Juventus. 120 juta Euro diperlukan untuk mendapatkan tandatangan pemain ini.

Selama di Barcelona, Neymar berjaya menjaringkan 105 gol dan 80 hantaran dalam 186 penampilan. Berjaya membantu pasukan menjuarai saingan La Liga, Liga Juara-Juara Eropah dan Juara Kelab Dunia.

Artikel ini dikongsi oleh Roziemieshazree Shamsul