Malaysia Berita

PFA Mesyuarat Bincang Isu Klausa

Pasukan The Bos Gaurus akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa isu yang berbangkit serta isu klausa pelepasan pemain yang bakal diletakkan didalam kontrak bagi syarat pelepasan.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui bahawa beliau kurang jelas tentang klausa pelepasan pemain dan bakal membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat bersama semua ahli yang terlibat.

“Secara jujurnya, saya masih belum berapa jelas lagi pemahaman berhubung klausa dalam perjanjian itu. Akan tetapi ia tetap ada kebaikannya.

“Apapun, perkara itu (klausa penamatan) akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat EXCO PAFA malam esok,” katanya.

Klausa pelepasan pemain menjadi isu hangat setelah beberapa pemain dilihat tidak menghormati kontrak dan menggunakan jalan belakang untuk menyertai pasukan lain.

Terbaru, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bertindak awal meletakkan klausa kepada pemain muda yang meningkat naik, Syahmi Safari sebelum menjadi mangsa rundingan pintu belakang.