Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Tribe Ratings Pemain: Golovin pemain terbaik Rusia, ke mana Al-Sahlawi menghilang?

Rusia berjaya membuka tirai Piala Dunia 2018 dengan nada yang cukup positif selepas kemenangan 5-0 ke atas Arab Saudi di Stadium Luzhniki malam semalam.

Dua jaringan daripada Denis Cheryshev, dan tiga lagi gol daripada Artem Dzyuba, Aleksandr Golovin, dan Yuri Gazinsky membantu skuad Beruang Merah meraih tiga mata penting di hadapan ribuan penyokong Rusia.

Berikut adalah Tribe Ratings yang diberikan kepada pemain-pemain Rusia dan Arab Saudi yang turun bermain malam semalam:

Ratings Pemain Rusia

Igor Akinfeev - 6/10

Tidak mengalami sebarang masalah malam ini kerana barisan penyerang Arab Saudi gagal melancarkan serangan secara konsisten.

Yuri Zhirkov - 7/10

Persembahan yang mantap dari bek kiri Rusia. Banyak melakukan larian untuk membantu pemain sayap, dan ada melakukan beberapa hantaran bahaya.

Ilya Kutepov - 7/10

Biarpun masih muda, Kutepov menunjukkan tahap kematangan yang cukup tinggi di atas padang. Sudah mula membina kesefahaman yang mantap bersama Ignashevih

Sergei Ignashevich - 7/10

Pemain berusia 38 tahun ini memainkan peranan yang besar dalam mengekang kemaraan Mohammed Al-Sahlawi, penyerang berbisa Arab Saudi.

Mario Fernandes - 7/10

Pemain kacukan Brazil-Rusia ini turut bermain dengan positif malam ini.

Aleksandr Samedov - 7/10

Efektif dalam menekan pertahanan Arab Saudi dengan agresif, terutamanya pada babak pertama.

Yuri Gazinsky - 7/10

Menjaringkan gol pertama di Piala Dunia 2018 seawal minit ke-8, dan bermain dengan bagus di bahagian tengah.

Roman Zobnin - 7/10

Berdepan dengan pasukan Arab Saudi yang agak kucar-kacir, Zobnin bijak menggunakan kesempatan tersebut untuk mengawal tempo perlawanan.

Aleksandr Golovin - 9/10

Pemain terbaik Rusia di atas padang malam ini. Cukup bahaya di bahagian sayap dan banyak melakukan gelecekan. Berjaya menjaringkan gol kelima Rusia melalui sepakan percuma yang berkelas dunia.

Fyodor Smolov - 7/10

Bermain dengan bagus pada babak pertama, sebelum nampak seperti kehilangan momentum pada babak kedua.

Alan Dzagoev - 6/10

Terpaksa dikeluarkan pada awal babak pertama selepas mengalami kecederaan hamstring.

SIMPANAN

Denis Cheryshev - 9/10
Seorang lagi pemain Rusia yang beraksi dengan cemerlang malam ini. Berjaya menjaringkan dua gol selepas dibawa masuk untuk menggantikan Dzagoev pada babak pertama.

Kuzyaev - 7/10
Dibawa masuk pada babak kedua dan nampak cukup aktif di bahagian sayap kanan Rusia.

Alan Dzagoev - 8/10
Menjaringkan gol ketiga Rusia selepas dibawa masuk pada pertengahan babak kedua.

Ratings Pemain Arab Saudi

Abdullah Al-Mayouf - 4.5/10

Melepaskan lima gol malam ini. Sering lambat memberi reaksi dalam menangani serangan-serangan yang dilakukan oleh Rusia.

Mohammad Al-Burayk - 5/10

Gol kedua dan keempat Rusia terhasil dari kelekaan Al-Burayk di bahagian bek kanan. Gagal membantu jentera serangan Arab Saudi.

Omar Hawsawi - 4/10

Pemain paling mengecewakan di atas padang. Dibuli dengan mudah oleh penyerang-penyerang Rusia, terutamanya Denis Cheryshev.

Osama Hawsawi - 5.5/10

Antara pemain Saudi yang cuba melakukan sesuatu untuk menghentikan dominasi Rusia di atas padang. Banyak merampas bola dalam situasi 1vs1

Yasser Al-Shahrani - 5/10

Selalunya, Al Shahrani banyak membantu bahagian serangan, namun hari ini, dia nampak agak kekok di atas padang. Gagal memberi sebarang impak pada babak kedua.

Taisir Al-Jassim - 5.5/10

Bekerja keras untuk merampas bola dari pemain-pemain Rusia. Namun, kurang efektif selepas Rusia menjaringkan gol kedua.

Abdullah Otayf - 5.5/10

Seorang lagi pemain Arab Saudi yang bekerja keras untuk mencipta peluang. Keputusan jurulatih Arab Saudi untuk mengeluarkan Otayf pada babak kedua agak mengejutkan.

Salman Al-Faraj - 5.5/10

Lebih efektif pada babak pertama, apabila Al-Faraj diberi lesen untuk beroperasi sebagai penyerang bantuan di belakang Al Sahlawi. Namun, apabila dipaksa beraksi sebagai midfield kanan pada babak kedua, Al-Faraj gagal memberi impak.

Yahya Al-Sheri - 5/10

Seorang lagi pemain Arab Saudi yang tidak efektif, biarpun berusaha keras di atas padang.

Salem Al-Dawsari - 5/10

Dilabel sebagai antara pemain kunci Arab Saudi, Al-Dawsari seolah-olah hilang ketika perlawanan malam tadi.

Mohammad Al-Sahlawi - 4.5/10

Tidak berjaya melakukan apa-apa percubaan bahaya terhadap gawang gol Rusia.

SIMPANAN

Fahad Al-Muwallad - 5/10
Pemain pantas ini dibawa masuk untuk cuba mencetus kebangkitan Arab Saudi pada babak kedua, namun gagal memberi sebarang impak di atas padang.