Malaysia Berita

Kim Pan-gon senaraikan pasukan terkuat hadapi Pestabola Merdeka 2023

Kim Pan-gon senaraikan pasukan terkuat hadapi Pestabola Merdeka 2023

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon menyenaraikan pasukan terkuat terdiri daripada 25 pemain dalam dan luar negara untuk mewakili Malaysia bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2023.

Mereka akan menyertai kem latihan pusat bermula 6 Oktober 2023 bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2023 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 13 hingga 17 Oktober 2023.

Pan-gon telah mengekalkan seramai 21 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Syria dan China di Chengdu, China pada 6 dan 9 September lalu

Baki empat pemain terdiri daripada tiga pemain skuad B-23 yang beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 2024 iaitu Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nooa Laine serta seorang pemain baharu iaitu penjaga gol, Suhaimi Husin.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India pada Jumaat, 13 Oktober 2023 dan seterusnya akan berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada aksi final atau penentuan tempat ketiga pada Selasa, 17 Oktober 2023.

25 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat

GK: Syihan Azmi, Azri Ghani, Suhaimi Husin

DF: Matthew Davies, Corbin-Ong, Dion Cools, Sharul Nazeem, Quentin Cheng, Dominic Tan, Daniel Ting, Azam Azmi Murad, Junior Eldstal

MF: Endrick, Brendan, Mukhairi Ajmal, Stuart Wilkin, Paulo Josue, Nooa Laine

W: Arif Aiman, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Faisal Halim, Shamie Iszuan,

F: Darren Lok, Sergio Aguero