Berita AFC Champions League

JDT bangkit dari ketinggalan, malukan BG Pathum di laman sendiri

JDT tampil cemerlang apabila memalukan kelab Thailand, BG Pathum United di lamannya sendiri dengan kemenangan 4-2 dalam saingan ACL musim ini.

Arif Aiman muncul wira JDT apabila menjaringkan 2 gol dalam perlawanan kali ini.

Ia merupakan kemenangan pertama JDT dalam ACL musim ini selepas tewas tipis 1-0 kepada Kawasaki Frontale minggu lalu.

Bagaimanapun, Pathum mendahului seawal minit ke-5 menerusi sepakan penalti yang dijaringkan Victor Cardozo.

Namun, kedudukan itu hanya bertahan beberapa saat apabila Arif menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-6.

JDT bangkit dari ketinggalan apabila Bergson menjaringkan gol pada minit ke-14, dengan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

JDT semakin selesa di hadapan apabila Juan Muniz menjaringkan gol ke-3 pada minit ke-53.

Namun, tuan rumah berjaya merapatkan jurang dengan jaringan Cardozo pada minit ke-55.

Arif melengkapkan kemenangan JDT dengan jaringan pada minit ke-78.

Keputusan 4-2 kekal hingga tamat perlawanan.

JDT kini berada di tangga kedua dengan 3 mata, di belakang Kawasaki yang kini meraih 6 mata susulan kemenangan 1-0 ke atas Ulsan Hyundai.

Ulsan akan dikunjung oleh JDT di Korea Selatan pada 24 Oktober ini.