Malaysia Berita

Dion Cools sertai kelab Czech, FK Jablonec

Dion Cools membuat kejutan apabila menyertai kelab Republik Czech iaitu FK Jablonec.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan sebarang spekulasi pemain berusia 26 tahun itu dengan JDT buat masa ini.

“Dion Cools, bekas pemain FC Midtjylland dan Club Brugge telah menandatangani kontrak bersama Jablonec,” kata kelab itu dalam kenyataan rasminya.

“Beliau pernah mewakili skuad muda Belgium dan kini mewakili Malaysia. Beliau bakal beraksi dalam perlawanan pusingan kedua Piala Czech pada Rabu ini. Selamat datang!”

Cools akan menyertai kem latihan pusat pada Jumaat ini setelah tersenarai dalam 25 pemain yang dipanggil oleh Kim Pan-gon bagi menghadapi Piala Raja Thailand minggu hadapan.