Kuala Lumpur akhirnya mara ke final Piala Malaysia selepas 32 tahun apabila menewaskan Melaka United 5-4 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 di Stadium Hang Jebat.
Kali terakhir KL mara ke final adalah pada 1989, apabila mereka menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Meskipun perlawanan tertangguh sejam akibat gangguan bekalan elektrik, KL bermula dengan baik apabila mendahului seawal minit ke-8 menerusi rembatan J Partiban.
Namun, Melaka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-64.
📹 HIGHLIGHTS: @MelakaUnitedFC 1-1 @KLCityFootball (agregat 2-2)
KL City layak ke perlawanan akhir selepas menang 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti!
J. Partiban menjaringkan gol KL City namun Melaka United menyamakan kedudukan menerusi Syamim Yahya.#TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/cfu2cpmbfQ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 26, 2021
Kedua-dua pasukan bagaimanapun buntu apabila gagal menjaringkan gol kemenangan sehingga memaksa perlawanan ke masa tambahan dan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
Namun, sepakan penalti penyerang Melaka, Giovane Gomes terkena palang.
Pertahanan KL, Giancarlo Gallifuoco menyempurnakan sepakan penalti terakhir, sekaligus membawa pasukannya mara ke final.