Piala Malaysia Berita

TMJ: Setiap tahun pengadil teruk, FAM mesti ambil tindakan

Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mengkritik mutu pengadilan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Ini selepas pengadil perlawanan, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah gagal mengambil tindakan terhadap beberapa insiden meskipun pemain jelas melakukan kekasaran melampau.

“Pengadil teruk,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

“Bukan perlawanan ini sahaja. Majoriti perlawanan setiap tahun.

“Sabah lawan Terengganu, JDT lawan Kelantan, Negeri Sembilan lawan Sarawak dan lain lain.

“Setiap tahun benda yang sama. Kami perlu penambahbaikan dan FAM mesti ambil tindakan.”

TMJ juga menegaskan, sudah tiba masanya FAM memperkenalkan video bantuan pengadil (VAR) di Liga Malaysia.