Sehari selepas meninggalkan Barcelona, Lionel Messi dilaporkan akan menyertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.
Wartawan sukan Perancis, Mohamed Bouhafsi melaporkan, Messi sudah pun bersetuju dengan kontrak dua tahun, dengan pengumuman rasmi bakal diadakan minggu depan.
Lionel #Messi has chosen to join #PSG – 2 years + 1 on option for the contract – the club is looking to wrap up the signing over the weekend, and is set to meet with Jorge Messi in the next few hours.
— Mohamed Bouhafsi (@mohamedbouhafsi) August 6, 2021
Sebelum ini Ketua jurulatih PSG, Mauricio Pochettino juga mengakui bahawa Messi adalah “pilihan” yang sedang dinilai oleh pengurusan kelabnya.
Perpindahan ke PSG bukan sahaja akan menyatukan semula Messi dengan bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Neymar, malah beliau akan bergandingan dengan Kylian Mbappe.
Wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano juga mengesahkan bahawa Messi akan menyertai PSG tidak lama lagi.
Paris Saint-Germain are close to sign Leo Messi, confirmed. PSG are preparing the official contract until June 2023 to be submitted to Messi and his father Jorge in the next hours 🚨🇦🇷 #Messi
Messi’s open to join PSG. Neymar was pushing in the last 24h. PSG are so, so confident. pic.twitter.com/WNRYJKCkjs
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 6, 2021
Jika menjadi kenyataan, Messi buat pertama kali dalam sejarah akan beraksi dalam saingan Ligue 1, saingan liga lain selain daripada La Liga.
Beliau juga berdepan kemungkinan akan bertemu bekas pasukannya Barcelona, dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.