Pengurus skuad kebangsaan Datuk Yusoff Mahadi mengesahkan bahawa Tan Cheng Hoe kekal sebagai ketua jurulatih negara.
Ini kerana kontrak Cheng Hoe dijangka tamat pada Disember tahun depan selepas mengambil alih skuad kebangsaan pada Disember 2017.
Namun Yusoff berpandangan, prestasi Cheng Hoe tidaklah seburuk yang disangka kerana berjaya membawa Malaysia mengutip 12 mata keseluruhan selepas melengkapkan aksi dalam Kumpulan G pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
“Satu perbincangan akan diadakan bersama sejurus Presiden FAM tiba dari Dubai,” katanya kepada Bernama.
“Perbincangan itu tidak akan menyentuh mengenai Cheng Hoe.
“Perbincangan itu akan lebih menjurus kepada persiapan pasukan negara untuk menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 tahun depan.”
Sejak mula mengendalikan skuad negara, Cheng Hoe berjaya memperbaiki ranking FIFA Malaysia yang mencatatkan kedudukan ke-174 dunia pada 2017, kepada 167 pada 2018, 154 pada 2019 dan kini menduduki tangga ke-154 dunia.