Liga Super Malaysia Berita

Kenny Pallraj, J Partiban sertai KL City

Kenny Pallraj dan J Partiban membuat keputusan untuk menyertai KL City pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini, menurut pengumuman oleh media sosial rasmi KL City.

Kenny dan Partiban yang berusia 28 tahun akan menguatkan lagi barisan pemain tengah pasukan KL City.

Ini merupakan kali pertama Kenny berhijrah ke pasukan lain, selepas bersama dengan Perak sejak 2012.

Partiban pula menyertai Perak buat kali kedua pada 2019, selepas bersama dengan pasukan itu sejak 2012 sebelum berhijrah ke Sarawak United pada 2015 dan Terengganu pada 2017.

Kedua-dua pemain ini menjadi pemain ketiga dan keempat meninggalkan Perak di pertengahan musim 2021, selepas Shahrul Saad dan Guilherme de Paula menyertai JDT beberapa hari lalu.