
JDT meneruskan momentum kemenangan apabila menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Likas.
Walaupun tiba di Kota Kinabalu sebagai pelawat, JDT tidak menunggu lama untuk mendahului dengan selesa apabila Arif Aiman menjaringkan gol pertama pada minit ke-7 sebelum Bergson menjaringkan gol kedua seminit kemudian.
Sabah bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Levy Madinda pada minit ke-58 selepas bola terkena tangan Adam Nor Azlin.
8' Gol | Bergson menggandakan kedudukan untuk JDT dengan gol kelima peribadinya musim ini!@SabahFCofficial 0-2 @OfficialJohor #LigaSuper2021 pic.twitter.com/HUia24egfA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2021
Namun, keadaan bertambah buruk buat Sabah apabila Maxsius Musa dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua kerana menerjah keras kaki Natxo Insa.
JDT semakin selesa di depan apabila Bergson menjaringkan gol ketiga pada minit ke-69.
Skuad Harimau Selatan melengkapkan kemenangan apabila Leandro Velazquez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87 selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Sabah, Dendy Lowa.
Keputusan itu mengukuhkan kedudukan JDT di persada Liga Super dengan mengumpulkan 17 mata.