Liga Super Malaysia Berita

Selepas proses penswastaan kelab, Perak tetap berdepan masalah tunggakan gaji

Selepas melalui proses penswastaan kelab hujung musim lalu, Perak didakwa berdepan dengan masalah tunggakan gaji.

Utusan melaporkan, para pemain masih belum menerima gaji bagi bulan Februari dan Mac.

Malah, tunggakan gaji pemain turut melanda pasukan Perak FC II.

Mengenai desas-desus Shakir Hamzah dan Azri Ghani akan meninggalkan pasukan, sumber itu mendakwa tidak mengetahui mengenainya.

Sebelum ini, ejen kepada Shakir Hamzah dan Azri Ghani, Joe Estrada Sports Agency memberi bayangan kedua-dua pemain itu mungkin akan menamatkan kontrak lebih awal gara-gara tidak menerima gaji.

Malah, mereka boleh meninggalkan kelab menerusi pembatalan kontrak dengan mengaktifkan klausa 9.7.

“Difahamkan ramai pemain sedang menunggu tarikh itu untuk membuat tindakan sedemikian. Mereka juga sedang mempertimbangkan tawaran daripada kelab lain,” lapor Utusan.

Jika benar, Perak sepatutnya dikenakan pemotongan tiga mata dengan automatik, selepas Melaka dikenakan hukuman itu bulan lalu.