Liga Super Malaysia Berita

FAM arah jawatankuasa pengadil kaji kebolehlaksanaan VAR

FAM telah mengarahkan jawatankuasa pengadil supaya membuat kajian mengenai kebolehlaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia.

Ini selepas pengerusi jawatankuasa pengadil, Datuk S. Sivasundaram mendedahkan bahawa dia sedang menunggu laporan mengenai penggunaan VAR di negara jiran iaitu Thailand dan Vietnam.

“Ia bagus, tetapi biar kita buat kajian terlebih dahulu,” katanya kepada NST.

“Ini melibatkan kos yang besar tapi belum tahu bila kita boleh mula menggunakan teknologi seperti VAR.

“Tetapi yang penting adalah kita mengkaji semuanya terlebih dahulu. Kami akan membincangkannya dalam mesyuarat exco akan datang.”

Sebelum ini, Subkhiddin Mohd Salleh mendedahkan semasa beliau berkhidmat di FAM, mereka sudah pun bersiap sedia untuk memperkenalkan VAR, namun ia tidak menjadi kenyataan, sebaik sahaja Subkhiddin meletakkan jawatan pada 2018.

Kos memasang VAR di satu stadium boleh mencecah AS$150,000 (RM616,710), dengan nilai sekitar RM7.4 juta untuk 12 stadium dalam saingan Liga Super.