Liga Super Malaysia Berita

Kelantan lancar TRWPay

Kelantan telah melancarkan TRWPay, sekali gus menjadi sistem pembayaran atas talian pertama yang dibangunkan oleh kelab bola sepak di Malaysia.

Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, sistem pembayaran atas talian TRWpay itu merupakan satu lagi langkah ke hadapan buat pasukan Pantai Timur itu.

Menurut beliau, TRWpay dibangunkan oleh TRW Kelantan FC sendiri dengan disokong oleh SecurePay dan Cool Code.

“Selepas ini semua penyokong TRW Kelantan FC yang ingin menyaksikan perlawanan secara atas talian tidak lagi berdepan masalah berkenaan pembayaran kerana ia boleh dilakukan secara atas talian.

“Peniaga-peniaga kecil dan penjaja di tepi jalan juga boleh menggunakan TRWpay kerana sistem ini dibangunkan untuk kegunaan peniaga kecil sehinggalah kepada syarikat-syarikat besar,” kata Norizam.