Liga Super Malaysia Berita

JDT gagal catat kemenangan, Khairulazhan wira Selangor

Johor Darul Ta’zim gagal mencatatkan kemenangan buat pertama kali dalam saingan Liga Super musim ini apabila sekadar terikat 1-1 dengan Selangor.

Malah, Selangor membuat kejutan apabila mendahului perlawanan menerusi gerakan pantas yang berjaya disudahkan oleh Ifedayo Olusegun seawal minit ke-7.

 

Namun, JDT pantas menyamakan kedudukan menerusi tendangan deras dari Bergson pada minit ke-12.

JDT mempunyai deretan peluang tetapi gagal menghasilkan sebarang gol.

Malah, JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-40 apabila Arif Aiman dijatuhkan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, Gonzalo Cabrera gagal menyempurnakan sepakan penalti itu apabila tendangannya melambung tinggi melepasi gawang gol.

JDT sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-77 apabila Arif Aiman sekali lagi dijatuhkan oleh Zikri Khalili dalam kotak penalti.

Malangnya, meskipun sepakan penalti kali ini diambil oleh Bergson, tendangannya ditepis oleh Khairulazhan Khalid.

Perlawanan juga diberikan 5 minit masa tambahan, tetapi tiada gol dapat dihasilkan walaupun JDT beberapa kali mendapat peluang dihadapan gol.