Liga Super Malaysia Berita

JDT cipta sejarah, jersi 2021 terjual sehingga RM1.6 juta

Tidak sampai beberapa jam selepas Johor Darul Ta’zim FC memperkenalkan jersi baharu 2021 dan jualan baru dibuka pagi tadi, ia telah mencatatkan penjualan sebanyak RM1.6 juta.

Malah menurut Johor Southern Tigers, peruntukan untuk jualan atas talian di JDT Store di laman web kelab dan Shopee telah habis dijual dalam tempoh satu jam.

“Jersi-jersi tersebut habis terjual dalam tempoh satu jam di semua platform atas talian sementara penjual rasmi juga kehabisan stok.”

Bagaimanapun, stok jersi-jersi tersebut akan ditambah semula dalam beberapa minggu akan datang.

“Kami berasa gembira dapat mencatatkan penjualan sebanyak RM1.6 juta.

“Rakan kongsi kami Nike juga akan mula menjual jersi ‘home’ mulai esok tetapi memandangkan sambutan yang begitu luar biasa oleh penyokong JDT, kami menjangkakan jersi-jersi ini juga akan habis dijual.”

Pada masa sama, ‘Online Store’ Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman web kelab dan Shopee menerima kunjungan hampir 100,000 pelawat ketika jersi Nike ‘Home’ & ‘Away’ JDT 2021 mula dijual pada pukul 11 ​​pagi tadi.

Nike akan menjual bahagian lain di Nike.com esok sementara JDT akan menjual ‘batch’ berikutnya beberapa minggu lagi.