MFL membuat keputusan untuk melanjutkan lagi tempoh pendaftaran pertama Liga Malaysia 2021 dari 12 Februari sehingga 19 Februari ini.
Keputusan itu dibuat selepas permohonan untuk lanjutan tempoh itu diluluskan oleh FIFA.
CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, FAM telah menerima surat kelulusan permohonan itu melalui email daripada FIFA semalam (11 Februari 2021) dan unit TMS FAM telah memaklumkan perkara berkenaan kepada MFL.
“Sebelum ini MFL telah buat keputusan bahawa tempoh pendaftaran pertama Liga Malaysia akan bermula pada 21 Januari 2021 sehingga 12 Februari 2021.
“Namun dalam perjumpaan dengan CEO-CEO kelab, keputusan baharu dibuat untuk MFL cuba memanjangkan tempoh pendaftaran pertama ini disebabkan beberapa kesukaran dalam tempoh COVID-19 ini untuk kelab-kelab membuat pendaftaran terutama melibatkan pendaftaran pemain import mereka.
“Dengan itu, MFL telah membuat permohonan kepada FIFA melalui FAM, untuk diberikan kelonggaran menyambung tempoh pendaftaran pertama ini kepada 19 Februari 2021.”