Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Syamer Ikrar Mahu Tambah Perisa Pada Permainan Beliau

Pemain tengah negara Syamer Kutty Abba sedang mencari rentak bagi menambah dimensi serangan pada permainan beliau nanti.

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan tonggak penting skuad Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF Suzuki. Kini tujuan beliau terarah kepada mempertingkatkan serangan pada perlawanan wajib menang ketika Malaysia turun menentang Myanmar dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Syamer turut menambah bahawa rakannya, Akram Mahinan membuat tugasnya lebih mudah di tengah.

“Terdapat banyak ruang bagi saya untuk memperbaiki dan saya fikir saya perlu mempunyai visi dan reaksi yang lebih baik dalam permainan saya.

“Saya juga perlu membaca permainan dengan lebih baik,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

“Saya fikir saya melakukan perkara yang mudah. Kita perlu memainkan permainan menyerang ketika menentang Myanmar, jadi saya benar-benar mahu menjadi lebih dinamik terutama ketika kita sedang menyerang

“Akram bermain dengan baik dan dia membuat kerja saya lebih mudah.

“Saya rasa pertahan kami bermain dengan baik tetapi kami akan mengasak kubu Myanmar dengan lebih kerap nanti.”

Malaysia akan turun berhadapan Myanmar pada perlawanan terakhir Kumpulan A yang menyaksikan skuad Tan Cheng Hoe wajib menang jika mahu ke peringkat seterusnya.