Liga Perdana Berita

Frank Lampard menyatakan keyakinan terhadap Mikel Arteta menjelang pertembungan Arsenal vs Chelsea

Frank Lampard mengisyaratkan bahawa memang terlalu awal untuk  kelab memecat bos Arsenal yang sedang menduduki kerusi panas dan dia ada keyakinan bahawa Mikel Arteta sendiri percaya masalah yang di alami sekarang akan di selesaikan olih bos Gunners untuk membalikkan nasib Arsenal tidak lama lagi.

Ketua jurulatih Sepanyol itu kini menggalami kesukaran berpegang pada tugasnya hanya empat bulan setelah berjaya mengalahkan Chelsea dalam Piala FA menentang di Wembley.

Gunners kian hanya empat mata di atas zon degradasi menjelang Derbi pada hari  Sabtu menentang pasukan Blues yang masih berharap dapat melancarkan cabaran untuk gelaran Liga Perdana.

Chelsea bangkit dari kekalahan berturut-turut kepada Everton dan Wolves untuk membuat kempen mereka kembali ke landasan dengan kemenangan ke atas West Ham tetapi Lampard percaya perlawanan dengan Arsenal adalah ujian nyata untuk pasukannya, dengan mengatakan posisi pasukan Arsenal sekarang bukan satu yang benar tapi palsu.

Dia memberitahu Sky Sports:

“Harapan lebih tinggi di kelab seperti yang kita sama-sama uruskan, tetapi saya rasa ia bukan kes mengenai dia sebagai pengurus muda.

“Saya melihatnya sebagai pengurus yang sangat berbakat, dan kami telah melihat contoh kelab yang telah membina pasukan yang sangat kuat sejak tiga atau empat tahun kebelakangan ini.

‘Pasukan yang dominan dalam tempoh itu, Manchester City dan Liverpool, mempunyai masa untuk rajin bekerja dan memperbaiki skuad.

“Mereka melalui saat-saat sukar, dan mereka diberi masa untuk memperbaiki masa-masa itu. Barulah anda benar-benar belajar mengenai pemain, pasukan dan skuad secara keseluruhan. Saya tidak bercakap secara khusus mengenai Mikel di sini, tetapi secara umum di Liga Perdana.

”Sekiranya anda masuk ke kelab yang mengalami masa peralihan tertentu, saya rasa sangat difahami akan ada banyak situasi dan pekerjaan yang perlu anda lakukan untuk membawakan kelab dketempat yang anda inginkan. Tidak semua cerah kerana itu bukan bola sepak.

‘Itu tidak ada kaitan dengan pengurus. Saya fikir Mikel adalah jurulatih dan pengurus yang sangat berbakat, dan pasukannya benar-benar baru melalui satu bentuk yang sukar baru-baru ini.

“Itu sangat biasa di Liga Perdana kerana ia adalah liga yang sangat sukar. Saya sangat menghormati Mikel dan Arsenal. Mereka mempunyai kumpulan pemain yang berkualiti dan itulah pasukan yang saya membuat persiapan pada Boxing Day.’