Liga Super Malaysia Berita

Nik Akif sertai Terengganu

Nik Akif Syahiran Nik Mat diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu Terengganu.

Pemain berusia 21 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun dan akan menyarung jersi nombor 22.

Nik menyifatkan penghijrahannya dari negeri kelahiran Kelantan ke negeri jiran Terengganu merupakan satu cabaran besar dalam karier bolasepaknya kerana ini pertama kali beliau bertukar pasukan.

“Namun ianya merupakan sesuatu yang sangat positif untuk perkembangan karier sebagai seorang pemain bola sepak profesional,” katanya dalam laman sesawang rasmi Terengganu.

Nik juga memilih Terengganu kerana Nafuzi Zain kerana corak permainan yang diterapkan oleh jurulatih itu sesuai dengan gaya permainan beliau.

Nik merupakan pemain ketiga yang menyertai Terengganu untuk saingan musim depan selepas Faisal Halim dan rakan sepasukan Kelantan, Shahrul Nizam Ros Hasni.

Nik Akif menjadi warga Kelantan terbaru yang berhijrah ke Terengganu selepas Faiz Nasir dan Nafuzi selaku jurulatih kelahiran Kelantan.