LaLiga Berita

Griezmann menghentam balik atas komen yang ‘merosakkan’ Lionel Messi, dengan mengatakan ‘Saya sungguh menghormati dia’

Antoine Griezmann telah menghentam balik membalas komen agresif olih bekas penasihatnya Eric Olhats yang menyingkir Lionel Messi dan menuduhkannya bermaharaja lela saperti diktator melakukan ‘pemerintahan ganas’ di Camp Nou dan menyukarkan hidup penyerang Perancis itu sejak dia menyertai kelab itu tahun lalu. Griezmann cepat menolak tuntutan keretakan antara rakan sepasukan Barcelona dan tetap mengatakan Olhats cuba menimbulkan “kerosakan” pada hubungannya dengan Lionel Messi.

Dan, untuk merumitkan masalah, pakcik Griezmann pula mencampurkan diri dalam episod itu, dengan mengatakan bahawa tidak mudah untuk saudaranya Griezmann bermain dalam pasukan yang sama dengan pemenang Ballon d’Or enam kali, sambil menambah bahawa jimat Barca memang tidak bekerja keras dalam latihan.

Messi, setelah cukup dengar tuduhan ini, segera menyerang balik minggu lalu ketika tiba di lapangan terbang El Plat di Barcelona setelah berjaya dalam tugas antarabangsa, dengan mengatakan dia bosan disalahkan untuk segala masalah di Barcelona.

Sementara itu, Griezmann mengatakan bahawa dia tidak boleh lagi berdiam diri mengenai perkara itu.

“Saya telah lama tidak memberikan komentar dan sekarang waktunya untuk mengatakan cukup,” katanya dipetik dalam wawancara dengan Movistar.

“Ejen saya adalah kakak saya, tetapi dia tidak bercakap. Begitu juga dengan ibu bapa saya. Oleh kerana tidak ada yang bercakap, Eric memberikan pendapat tetapi itu boleh membuat banyak kerosakan dan menimbulkan keraguan mengenai hubungan saya dengan Leo. Leo tahu saya mempunyai banyak hormat untuk dia. Saya belajar darinya.

“Pakcik saya tidak tahu bagaimana bola sepak berfungsi. Seorang wartawan mahukan ungkapan daripada anda … Saya memberitahu Leo bahawa saya tidak ada kaitan dengan mereka. Saya langsung tidak bercakap dengan mereka.”