Luar Negara Berita

Safawi Rasid tidak bimbang dengan peluangnya di Portimonense

Safawi Rasid mengakui tidak terlalu bimbang jika beliau tidak terpilih dalam perlawanan akan datang.

Portimonense akan kembali beraksi dalam pusingan ketiga Piala Portugal berdepan UD Leiria, Sabtu ini.

Pemain berusia 23 tahun itu memahami perasaan peminat yang mahu melihat beliau beraksi, namun beliau enggan terlalu memikirkan mengenainya.

“Tolong jangan letak harapan tinggi untuk lihat saya turun bermain,” katanya kepada Harian Metro.

“Diturunkan atau tidak adalah keputusan daripada jurulatih dan saya serahkan kepadanya kerana beliau lebih mengetahui bila masa sesuai untuk bermain.

“Saya mahu diturunkan kerana sudah layak untuk bermain bersama pasukan utama dan bukannya tekanan daripada pihak tertentu hingga ‘terpaksa’ diturunkan.

“Ketika ini saya menjalani latihan seperti biasa malah kelab menyediakan program khas untuk saya supaya dapat membentuk fizikal serta kekuatan seperti pemain Eropah.”