Luar Negara Berita

Sumareh mahu cabar diri di Thailand, enggan berada di zon selesa

Mohamadou Sumareh mengakui untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukannya, Police Tero bukan mudah seperti yang disangkakan segelintir peminat.

Malah, pemain berusia 26 tahun itu percaya dia perlu menunjukkan usaha dan kesungguhannya untuk layak beraksi di saingan Liga Thailand.

Sudah tentu, ia berbeza dengan situasinya ketika beraksi di Pahang.

“Saya tak takutkan cabaran,” katanya kepada NST.

“Saya suka tengok semua orang di kelab ini bekerja keras untuk dapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

“Sama juga dengan saya, saya perlu berikan terbaik dalam sesi latihan, saya lebih suka dalam keadaan sebegini daripada berada dalam zon selesa sebab cabaran akan memperbaiki tahap permainan saya dengan lebih baik.”

Sumareh giat menjalani latihan bersama Police Tero namun belum ada tanda-tanda beliau akan dipilih untuk kesebelasan utama dalam masa terdekat.

Beliau tidak tersenarai ketika Police Tero tewas 3-1 kepada Muangthong dalam saingan liga semalam.

Ketika ini, Police Tero berada di tangga ke-8 liga dengan mengumpul 15 mata dalam 10 perlawanan.