Liga Super Malaysia Berita

Liga Super 2020 kini boleh ditonton di YouTube secara percuma!

Unifi membuat pengumuman mengejut apabila melancarkan Kempen Menonton Liga Super Malaysia 2020 Secara Percuma bermula 28 Ogos hingga tamat saingan liga pada 10 Oktober.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sesawangnya, dengan mengesahkan bahawa peminat bolasepak Malaysia boleh menonton menerusi tiga platform berbeza, untuk pelanggan Unifi dan bukan pelanggan Unifi.

Keputusan itu mungkin dibuat selepas mengambil kira faktor masalah sumber pendapatan yang dihadapi oleh sebahagian besar peminat tempatan, ekoran penularan wabak COVID-19 dalam beberapa bulan kebelakangan ini, yang juga menyebabkan saingan Liga Malaysia terpaksa ditunda.

Unifi TV

Pelanggan Unifi boleh menonton siaran langsung menerusi Unifi TV saluran Sports 1-5 atau channel 701 hingga 705.

Aplikasi Unifi playTV

Bagi mereka yang tidak mempunyai televisyen atau tidak dapat menonton di kaca tv, perlawanan Liga Super boleh ditonton terus dari telefon pintar dengan hanya memuat turun aplikasi Unifi playTV.

Saluran rasmi YouTube Unifi

Platfotm yang boleh dikatakan paling mudah dan digemari ramai sudah tentulah apabila dapat menyaksikan perlawanan siaran langsung di YouTube.

Peminat hanya perlu mencari saluran YouTube rasmi Unifi di www.youtube.com/unifiistheone dan saksikannya secara langsung.

Bagaimana dengan mereka yang melanggan pas CIMB Liga Super?

Menurut Unifi, langganan itu sudah tidak lagi terpakai dan pelanggan boleh berhubung dengan Unifi untuk mendapatkan bayaran balik.