Malaysia Berita

[VIDEO] Luqman Hakim sertai KV Kortrijk secara rasmi

Luqman Hakim Shamsudin akhirnya menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk secara rasminya hari ini.

Pemain berusia 18 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun di sebuah hotel di ibu negara dan disaksikan oleh pemilik kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan dan Duta Belgium di Malaysia, Pascal Gregoire.

Kontrak lima tahun itu meliputi kemudahan pengangkutan dan tempat tinggal.

Majlis itu dibuat selepas Luqman menerima visa untuk berlepas ke Belgium, dan beraksi di Eropah.

Perpindahan itu menjadi kenyataan selepas hampir setahun Luqman ditawarkan kontrak daripada kelab Belgium itu.