Berita AFC Champions League

Malaysia tuan rumah AFC Champions League 2020

Malaysia dilantik menjadi tuan rumah untuk AFC Champions League yang dijangka bersambung pada 17 Oktober ini.

AFC membuat keputusan itu berkemungkinan disebabkan kes yang dicatatkan di negara ini jauh lebih sedikit berbanding negara-negara lain, malah mempunyai fasiliti kesihatan dan stadium yang mencukupi untuk menjadi penganjur perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia akan menganjurkan Kumpulan G dan H.

Ini bermakna JDT akan beraksi semua perlawanan di laman sendiri dan negara sendiri, sama ada sebagai tuan rumah ataupun pihak lawan.

JDT akan sekali lagi berdepan Vissel Kobe, Guangzhou Evergrande FC dan Suwon Samsung Bluewings.

Kesemua perlawanan kumpulan G berkemungkinan akan beraksi di Johor, dengan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Larkin untuk menganjurkan dua perlawanan secara serentak.

Kumpulan H pula terdiri daripada Yokohama F. Marinos, Jeonbuk Hyundai Motors, Sydney FC dan Shanghai SIPG.

Kumpulan ini belum dapat dipastikan akan beraksi di mana, tetapi berkemungkinan akan menggunakan stadium-stadium yang berada di Kuala Lumpur.

Malaysia juga akan menjadi tuan rumah Pusingan 16, yang akan menyaksikan perlawanan bagi pasukan daripada kedua-dua kumpulan itu pada 4 Nov, dua perlawanan suku akhir pada 25 Nov dan satu perlawanan separuh akhir pada 28 Nov.