Malaysia Berita

Skuad kebangsaan akan hadapi dua perlawanan persahabatan

Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengesahkan pasukannya akan mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa iaitu Bahrain dan Kuwait.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata pihaknya tidak berancang untuk mengadakan lebih banyak perlawanan kerana berdepan dengan kesukaran mendapatkan kebenaran serta berdepan isu keselamatan.

“Kita tidak boleh menambah perlawanan persahabatan walaupun itu baik sebagai persediaan negara bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023,” katanya kepada Harian Metro.

“Mengikut perancangan, kita akan menentang Bahrain terlebih dahulu sebelum bertemu dengan UAE dan Vietnam pada Oktober.

“Perlawanan persahabatan menentang Kuwait pula dijadualkan berlangsung sebelum kita berlepas ke Bangkok untuk menentang Thailand pada November nanti.”

Walaupun berdepan dengan gelombang kedua kes COVID-19, Stuart berkata FAM akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

“Sehingga kini, perlawanan persahabatan akan berjalan seperti biasa namun kita akan berhubung dengan AFC bagi mendapatkan perkembangan terkini.”