
Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala Sumbangsih apabila menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Ini merupakan kemenangan kali ke-8 buat JDT setelah menjulang trofi pada 2015, 2016, 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.
JDT mendahului seawal minit ke-5 menerusi Juan Muniz.
Pemenang kasut emas 2022, Bergson melengkapkan kemenangan JDT apabila menjaringkan gol pada minit ke-57.
Keputusan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.