Premier League Berita

Luqman Hakim dapat tawaran dari Newcastle United

Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan sudah mendapat tawaran daripada kelab Premier League, Newcastle United.

Arena Metro mendakwa, pemain berusia 18 tahun itu mendapat tawaran tersebut menerusi ejennya EL-EF Sport yang berpangkalan di London, England.

Justeru, Luqman sedang memikirkan sama ada mahu menerima tawaran Newcastle atau kelab Belgium, KV Kortrijk.

Namun Luqman akan menghadapi isu permit kerja seperti mana yang terjadi kepada semua pemain bolasepak yang mahu beraksi di England, kerana hanya pemain dari negara yang berada di ranking 70 ke atas yang boleh beraksi dalam Premier League.

Ini bermakna, jika Luqman menyertai Newcastle, dia perlu beraksi dengan kelab lain di Eropah selama empat tahun sebelum boleh mendapatkan permit kerja di England.

Adakah jika Luqman menandatangani kontrak dengan Newcastle, beliau kemudian akan dipinjamkan ke KV Kortrijk? Sama-sama kita nantikan.