Liga Super Malaysia Berita

Alistair Edwards: JDT tidak pernah dapat tawaran untuk Safawi Rasid

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menempelak kenyataan ejen tempatan yang mendakwa Safawi Rasid mendapat tawaran daripada kelab Eropah.

Beliau berkata, pihaknya langsung tidak mendapat sebarang tawaran rasmi daripada mana-mana pihak.

“Jika ada kelab-kelab luar negara yang berminat dengan mana-mana pemain JDT, orang pertama yang akan tahu mengenainya adalah saya sebagai Pengarah Teknikal atau Martin Prest selaku Pengarah Sukan,” katanya dalam kenyataan.

“Mereka akan menghubungi JDT. Jika tiada sebarang komunikasi tetapi terdapat mana-mana ejen tempatan yang mendakwa ada minat dari luar negara, bermakna cerita tersebut adalah cerita dongeng ataupun ejen tersebut hendak membuat duit.

Edwards mengulas bahawa JDT juga mempunyai pengalaman dalam soal perpindahan pemain ke negara luar.

“Sekiranya perkara itu adalah benar, kelab tersebut ataupun ejen luar negara yang dilantik oleh mereka akan menghubungi kami sendiri.

“Kami mempunyai pengalaman dalam ‘the business of football’ dimana kami adalah satu-satunya kelab dalam negara yang menjual pemain. Contohnya kami telah menjual Juan Martin Lucero sebanyak USD2.5 juta.”