Liga Premier Malaysia Berita

KAFA tekad selesaikan semua hutang pasukan Kelantan

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman tekad untuk menyelesaikan semua hutang dan tunggakan yang membebani pasukan Kelantan pada musim ini, bagi memastikan kelangsungan bolasepak negeri itu.

Ini selepas rundingan bersama Cassio berjalan dengan baik serta keterbukaan FIFA yang memberi peluang kepada Kelantan untuk menyelesaikan masalah kewangan.

“FIFA sudah berikan peluang kepada kita dalam isu ini,” katanya kepada Sinar Harian.

“Buat masa ini, kita tunggu rundingan kerana FIFA dah berikan peluang untuk berbincang, jadi kita akan berbincang lagilah dengan pemain terlibat.”

Husin juga mengesahkan bahawa KAFA akan bermesyuarat pada 10 Jun ini bagi membincangkan hala tuju bola sepak Kelantan itu dalam saingan Liga Malaysia.

“Selain tentukan hala tuju KAFA, kita juga nak tengok kes-kes tunggakan yang ada. Kita akan kumpulkan kes-kes terdahulu khususnya melibatkan tunggakan gaji pemain-pemain tempatan yang masih belum selesai.”