Liga Premier Malaysia Berita

Cassio berang dengan tindakan KAFA

Tindakan KAFA yang membuat rayuan kepada CAS mengundang kemarahan Cassio kerana cuba menangguhkan pembayaran tunggakan gajinya tanpa memberitahu dirinya terlebih dahulu.

Peguamnya, Zhafri Aminurashid mendedahkan bahawa Cassio pada mulanya memberi masa kepada bekas pasukannya Kelantan untuk melangsaikan tunggakan gajinya yang bernilai RM629,620.28 namun tindakan KAFA menyebabkan Cassio enggan lagi berunding dengan mereka.

“KAFA tidak pernah meminta penangguhan, malah tidak pernah menjawab apa-apa surat kami berkaitan kes ini. Sepatutnya mereka hubungi saya sebagai peguam Cassio untuk meminta penangguhan,” katanya kepada BH Sukan.

“Memang kami pada mulanya tiada masalah untuk beri lebih masa tetapi selepas KAFA memfailkan rayuan kepada CAS, Cassio tidak lagi mahu berbincang dengan mereka.

“Kami akan bantah rayuan terbabit. Kami akan lawan sehabis baik dan KAFA perlu bersedia untuk bayar lebih lagi.”

KAFA sedang menunggu keputusan CAS dan berharap bayaran tunggakan gaji Cassio dapat dilanjutkan dalam tempoh 45 hari.