Malaysia Berita

Belum lawan Malaysia, tapi UAE sudah pecat jurulatih baharu

UAE membuat kejutan apabila memecat jurulatih baharu mereka Ivan Jovanovic, walaupun belum menghadapi sebarang perlawanan termasuk berdepan Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Jurulatih berbangsa Serbia itu menandatangani kontrak 6 bulan untuk mengambil alih skuad kebangsaan UAE pada bulan Disember lalu daripada Bert van Marwijk yang dipecat sebelum ini.

“UAE membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Ivan Jovanovic dan pasukan kejurulatihannya, kami berterima kasih di atas khidmatnya dan mengucapkan selamat maju jaya,” kata kenyataan rasmi UAE FA.

Keputusan dibuat adalah berdasarkan daripada persetujuan persatuan bolasepak negara dan jawatankuasa hal ehwal teknikal yang diketuai oleh Yusef Hussain Al-Sahlawi.

“Lembaga FA mengarahkan jawatankuasa untuk membawa masuk staf teknikal yang baharu untuk mengendalikan skuad dalam masa terdekat.”

UAE berada di tangga keempat dalam kumpulan G di belakang Vietnam, Malaysia and Thailand.