Liga Super Malaysia Berita

Yusoff Mahadi: Melaka United kalah sebab gaji

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka Datuk Yusoff Mahadi, mengakui kekalahan pertama musim ini kepada Felda United mungkin berpunca daripada kegagalan pihak persatuan menjelaskan bayaran gaji sejak Febuari lalu.

Melaka melepasi tempoh pembayaran tunggakan gaji kali pertama pada bulan Januari.

Namun Melaka gagal menyelesaikan bayaran sejak bulan Februari, sekaligus memaksa FAM menolak tiga mata dalam saingan Liga Super.

“Tunggakan gaji adalah sesuatu yang sentiasa menjejaskan prestasi pasukan,” katanya kepada Stadium Astro.

Beliau turut mengakui, pihak pengurusan Melaka mengambil maklum dengan dakwaan bahawa ada pemain yang memboikot perlawanan ketika perlawanan menentang Felda.

Kini, Melaka diterajui oleh Datuk Sulaiman Md Ali namun belum ada sebarang keputusan mengenai gaji pemain.

“Presiden cuba memberikan tumpuan kepada bola sepak Melaka ketika semua individu berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Yusoff.