Liga Super Malaysia Berita

Khalid Jamlus demam, tapi nafi kena COVID-19

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Jamlus mengakui beliau mengalami demam namun menafikan terkena jangkitan COVID-19.

Katanya, beliau akui menghidap demam panas hingga menjangkau suhu 38.8 darjah celcius dan mengalami kesukaran bernafas sehingga terpaksa melakukan pemeriksaan lanjut di klinik swasta.

Namun doktor mengesahkan Khalid hanya demam biasa dan perlu berehat di rumah hingga keadaan kesihatan beransur pulih.

“Jika diikutkan memanglah takut mungkin dijangkiti Covid-19 namun alhamdulillah doktor sahkan hanya demam biasa dan perlu banyak berehat,” katanya kepada Arena Metro.

“Sekarang ini keadaan kesihatan beransur pulih dan hanya duduk di rumah seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan Khalid terkena jangkitan wabak koronavirus selepas mendapat rawatan susulan di sebuah hospital di Klang.